Friday, March 26, 2010

YAB MENTERI BESAR BERSAMA JKKK DAERAH MARANG


Memuaskan…Kehadiran Jawatankuasa JKKK memenuhi Dewan IKBN.

Sempena dengan lawatan sehari YAB Menteri Besar ke Marang, satu perjumpaan khas dengan Ahli Jawatankuasa JKKK dalam Daerah Marang telah diadakan bertempat di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai, Marang.




Terima kasih...Adik Noradawiyah menerima sumbangan komputer riba daripada YAB Menteri Besar sebagai pelajar terbaik STPM peringkat negeri.

Dalam perjumpaan tersebut YAB Menteri Besar melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan kehadiran dan sambutan Ahli Jawatankuasa JKKK yang melebihi 1200 orang daripada 100 buah JKKK dalam Daerah Marang yang memenuhi dewan tersebut.

Di antara intipati ucapan YAB Menteri Besar ialah menjadikan negeri ini sebagai ‘Terengganu Anjung Ilmu’ dengan langkah-langkah kerajaan negeri mempertingkatkan program pendidikan di Terengganu yang selama ini telah memperolehi pencapaian cemerlang dan terbaik seluruh Negara dalam empat peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM.

YAB Menteri Besar juga turut menyentuh isu-isu politik semasa dengan memperingatkan kepada pemimpin termasuk YB ADUN dan PPD supaya turun padang bertemu rakyat dan elakkan permainan politik yang merugikan serta mewujudkan isu-isu panas yang melemahkan parti Barisan Nasional.

Dalam majlis tersebut juga YAB Menteri Besar juga turut memberi sebuah komputer riba kepada Noradawiyah binti Mohamad, pelajar terbaik STPM 2009 peringkat negeri Terengganu dengan mendapat 5A , pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara yang berasal dari Kampung Bukit Gasing , Seberang Marang.

MARANG HARI INI

No comments:

Post a Comment