Monday, March 15, 2010

KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA PEGAWAI PEMBANGUAN DUN


Pegawai Daerah Marang diperkenalkan kepada pemain perlawanan pembukaan.

Rhu Rendang, Marang - 12 Mac
Kejohanan Bolasepak Piala Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang 2010 telah dilakukan sepak mula oleh Y.Bhg. Tuan Pegawai Daerah Marang pada Khamis 12 Mac di Padang Majlis Daerah Marang yang turut dihadiri oleh Hj. Nik Dir bin Nik Wan Ku Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang.



Nik Dir bin Nik Wan Ku (PPD Rhu Rendang) dan A. Rahman bin Che Ali (Pegawai Daerah Marang), menonton perlawanan pembukaan kejohanan.

Kejohanan yang menyediakan hadiah lumayan berjumlah RM 13,300 iaitu Johan RM 4 Ribu, naib johan RM 3 Ribu, ketiga RM 2 Ribu dan ketiga RM 1500 serta lain-lain hadiah ini disertai oleh 26 buah pasukan dengan syarat pemainnya adalah bermustautin dalam Dun Rhu Rendang sahaja.

Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 bulan akan diadakan di Padang Majlis Daerah Marang dan Padang Bola Seberang Marang sementara setiap pasukan dibekalkan 2 biji bola untuk latihan yang telah disampaikan oleh PPD dan Pegawai Daerah Marang pada perasmian kejohanan.

Menurut PPD, di antara tujuan utama kejohanan ini diadakan ialah supaya pemuda-pemuda dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah setiap petang dan dapat menghindari daripada amalan yang tidak sihat.

MARANG HARI INI

No comments:

Post a Comment