Monday, March 8, 2010

MARANG VILLAGE RESORT & SPA

Bajet Anda, Keutamaan Kami





Terletak kira-kira, 25 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu , Marang Village Resort & Spa merupakan salah satu lagi produk pelancongan negeri Terengganu dan kawasan peranginan pantai Kelulut yang terkenal dengan jenama Air Nira Kelulut yang memberikan satu kelebihan kepada resort ini untuk menarik para pelancong untuk mengunjungi resort ini. Selain itu, lokasinya yang terletak berhampiran laut juga menjadikan Marang Village Resort & Spa sebagai satu daya tarikan orang ramai datang ke sini.


Diusahakan oleh ibu tunggal yang gigih, Mek Hawa Binti Abdul Rahman, 49. Beliau yang telah mengusahakan resort ini pada tahun 2007 bermodalkan hampir RM 1 juta bagi menaik taraf infrastuktur yang sediada.

Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik bujang, bilik VIP dan Bilik Keluarga yang menawarkan harga berpatutan dari RM 80.00 hingga RM 130.00. Di samping itu, resort ini turut menawarkan kemudahan untuk berkursus atau seminar bagi jabatan kerajaan dan juga pihak swasta dengan kemudahan dewan seminar yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa.

Bagi pengunjung yang selalu memanjakan diri, perkhidmatan spa dengan pelbagai pakej menarik menanti para pengunjung dengan harga yang berpatutan. Bagi pengunjung yang berminat dengan suasana pulau, boleh mencuba pakej ke Pulau Kapas dan ke Tasik Kenyir atau pakej aktiviti mencandat sotong yang menanti para pegunjung di resort ini. Dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan dengan harga yang amat berpatutan, ia menjadikan Marang Village resort and Spa salah satu lokasi pelancongan budget di Terengganu

Dengan pelbagai kemudahan dan pakej menarik yang ditawarkan oleh resort ini, ia akan menjadikan resort ini tanda mercu kebanggaan rakyat Terengganu dan Marang khususnya sebagai bandar pelancongan terkenal. Kepada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke Marang Village Resort & Spa ini boleh menghubungi no. tel pejabat: 09-6183894/ h/phone : 019-9514771 atau melayari website: www.marangvillage.com atau terus berkunjung ke resort ini.




MARANG HARI INI

1 comment:

  1. salam wbt..
    boleh saye dapatkan emel marang village resort?

    ReplyDelete