Thursday, March 11, 2010

YAB DATO’ HAJI AHMAD BIN SAID

MENTERI BESAR BERJIWA RAKYAT


Prihatin…YAB Dato’ Ahmad bin Said ketika menziarahi Nainnudin (tengah).


Syukur… Nainnudin mencuba kerusi roda baru diterima.

YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said hari ini sempat meluangkan masa walaupun dalam kesibukan untuk menziarahi pesakit yang terlantar Mohamad Nainnudin bin Kasim, 32 di Kg. Gong Nangka, Marang.



Turut bersama rombongan beliau adalah YB Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar Exco Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Pegawai Daerah Marang, YDP Majlis Daerah Marang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Menurut abang beliau Mohd Napiah bin Kasim, Nainnudin sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan telah mengalami kemalangan di tempat kerja setelah terjatuh dari bahagian siling pada 3 November 2009 dan telah mengalami patah tulang belakang dan peha kanan.

Nainnudin menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) selama 45 hari mulai 3 November 2009 hingga 17 Disember 2009 dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi sokongan tulang belakang juga peha dan kini mengalami lumpuh bahagian pinggang ke bawah.

Bersempena lawatan tersebut, YAB Dato’ Ahmad bin Said telah menyampaikan bantuan daripada Jabatan Kebajikan HSNZ berupa kerusi roda, kerusi buang air, tilam udara dan pelapik kusyen serta akan menerima bantuan lampin pakai buang kerana Nainnudin mengalami hilang kawalan membuang air besar dan kecil.

Walau pun telah menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 150.00, Pegawai Pembanguan Dun Rhu Rendang telah bersetuju meluluskan bantuan untuk ubah suai bilik supaya memudahkan pergerakan kepada Nainnudin ke bilik air.

Seluruh keluarga terharu dengan kunjungan dan keprihatianan YAB Dato’ Ahmad bin Said yang turut menghulurkan sumbangan peribadi beliau serta memberi perangsang kepada Nainnudin supaya tabah menjalani kehidupan harian dengan penuh semangat.

MARANG HARI INI

No comments:

Post a Comment