Thursday, November 25, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KELAS JAHITAN

Kuala Terengganu. 04 November 2010

YB.Tuan Hj.Alias Bin Abdullah selaku ADUN Alur Limbat telah menyampaikan Sijil kepada 40 orang Peserta Kelas Jahitan Komuniti(KJK) Dun Alur Limbat yang bertempat di Kelas Fardu Ain Kampung Padang Midin. Kelas Jahitan Komuniti ini adalah kerjasama antara Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Alur Limbat.





Peserta Kelas Jahitan Komuniti (KJK) Dun Alur Limbat

Peserta Kelas Jahitan merakam kenangan bersama YB. Tuan Hj. Alias Bin Abdullah



berita penuh

Sunday, August 15, 2010

YB MASUK KAMPUNG BERSAMA APMT ALUR LIMBAT DAN JKM KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 10 Ogos 2010


Program YB masuk kampung bersama APMT Alur Limbat dan JKM Kuala Terengganu,YB Tuan Haji Alias Bin Abdullah melawat dan menyampaikan bantuan makanan kepada Warga Emas,Oku dan Pesakit Kronik di Peti Undi Gelugor Kedai sebanyak 20 buah rumah yang meliputi JKKK Gelugor Kedai,JKKK Pengkalan Setar,JKKK Baram Sungai Pinang,JKKK Kubang Panjang dan JKKK Pengadang Baru

YB menziarahi seorang Warga Emas Siti Binti Yusof
di Kampung Gelugor Kedai

YB menziarahi Oku Zainun Binti Sulong
di Kampung Gelugor Kedai

YB menziarahi Pesakit Kronik Che Wan Ahmad Bin Che Wan Ibrahim
di Kampung Gelugor Kedai


berita penuh

Monday, May 31, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK MARANG TERENGGANU

Marang, 16 Mei 2010.

Program Sambutan Hari Guru 2010 Sekolah Kebangsaan Paya Resak, Marang, Terengganu ini telah diadakan di Riyaz Heritage & SPA, Kuala Terengganu. PPD Bukit Payong, Saudara Zaidi bin Muda telah dijemput hadir bagi menyempurnakan majlis ini.


PPD memberi kata-kata perangsang kepada guru-guru.



Antara guru-guru yang hadir ke majlis tersebut.


Saudara En. Zaidi meraikan jamuan bersama-sama guru yang hadir.


Guru besar menghadiahkan cenderahati kepada En. Zaidi kerana sudi hadir pada majlis tersebut.

TERENGGANU HARI INI


berita penuh

Majlis Perasmian Sukan Tahunan Tadika Yayasan Terengganu Peringkat Daerah Marang...

Marang, 15 Mei 2010.


PPD Bukit Payung saudara Yg. Berbahgia saudara En. Zaidi bin Muda merasmikan majlis tersebut.




Antara acara sampingan iaitu bapa penjaga menyertai pertandingan tarik tali.


Pelajar sedang menunggu giliran untuk bertanding.

TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Tuesday, May 18, 2010

PASAR TANI BARU UNTUK WARGA BUKIT PAYUNG DAN PENDUDUK SETEMPAT BERTEMPAT BERHAMPIRAN BANGUNAN MARA PEKAN BUKIT PAYUNG PADA SETIAP HARI SELASA jam 7.00 pg-12.00 tgh.

ENAK... buah-buahan tempatan turut dijual oleh peniaga


SEDAP... makanan pagi juga turut dijual di sana



TUMPUAN... pasar tani menjadi salah satu tempat para suri rumah
mencari barang keperluan


MARANG HARI INI

berita penuh

Sunday, May 16, 2010

JUARA RAKYAT: Pertandingan Wau DUN Pengkalan Barangan

YB. Yahya diiringi oleh Pengarah Program En. Saidi Salleh menyaksikan pertandingan wau.

KG. JERONG TUAN, MEI 8- Satu pertandingan wau peringkat DUN Pengkalan Berangan telah di adakan di Padang Hilir Kg. Jerong Tuan. Pertandingan yang mendapat penyertaan hampir 400 buah wau telah di hadiri oleh lebih 2000 orang pengunjung.


Pertandingan yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda DUN Pengkalan Berangan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Berangan, JKKK Tok Munchong dan JKKK Jerong Tuan telah mempertandingkan 4 jenis wau iaitu wau bulan, wau barat, wau burung dan wau kucing. Johan setiap kategori telah membawa balik sebuah mesin basuh.


Program yang bermula lebih kurang jam 11.00 pagi telah dijamu dengan gulai kawah 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh YB. En. Yahya Bin Khatib Mohamad, ADUN Pengkalan Berangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri.
MARANG HARI INI

berita penuh

Wednesday, April 7, 2010

SOLAT HAJAT DAN TAHLIL PASAR BANDAR MARANG

Terima kasih….. Peniaga menerima kunci daripada Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku

Majlis solat hajat dan tahlil sempena permulaan perniagaan di Pasar Bandar Marang telah disempurnakan malam tadi yang disertai kira-kira 200 orang termasuk peniaga dan penduduk tempatan yang dipimpin oleh Imam Masjid Sultanah Nur Zahirah.

Sempena dengan majlis tersebut, penyerahan kunci kepada peniaga telah disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang yang turut dihadiri sama oleh Pegawai Daerah Marang, Yang DiPertua serta Ahli Majlis Daerah Marang.

Lebih 400 orang pemohon telah membuat permohonan untuk berniaga di pasar baru ini tetapi seramai 106 peniaga sahaja yang terpilih selepas proses temuduga berdasarkan bilangan ruang niaga yang ada dengan kadar sewa yang rendah dan berpatutan.

PPD telah memperingatkan peniaga supaya jangan melengahkan bayaran sewa supaya tidak tertunggak yang akhirnya akan membebankan peniaga sendiri dan sentiasa menjaga kebersihan dan keharmonian sesama peniaga di pasar ini.

Perasmian Pasar Bandar Marang secara rasminya akan disempurnakan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 11 April 2010 yang dijangka turut dihadiri sama oleh YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.


MARANG HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 30, 2010

JKM BERSAMA RAKYAT

PADANG PAK SU MAN, 27 MAC – Membangun masyarakat ke arah kesejahteraan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang menganjurkan satu Karnival Sukan rakyat sekaligus mengadakan program agihan bantuan bulanan kepada penerima di Cawangan tersebut.


PRIHATIN…Zaidi (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan hamper kepada salah seorang penerima bantuan bulanan

Program ini dilihat menjadi permulaan baru bagi mengukuhkan hubungan serta perpaduan dikalangan masyarakat setempat dengan pemimpin.



Turut serta dalam program tersebut, Pengerusi JKKK Padang Pak Su Man, En.Zairul Alfian Bin Mamat, Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan serta penduduk setempat.


BERSEMANGAT…para peserta menarik upih yang menjadikan salah satu acara sukaneka rakyat yang dianjurkan sempena JKM bersama rakyat di Padang Pak Su Man.

Seramai 300 orang penduduk telah hadir dan pelbagai acara yang diadakan seperti senamrobik dan poco-poco, tarik upih, jalan kaki tiga, perlawanan bola sepak antara penduduk setempat dengan Penghuni Asrama Darul Falah dan kemuncaknya ialah pertandingan rebut kerusi antara kanak-kanak.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, YBhg. En Zaidi Bin Muda.

MARANG HARI INI

berita penuh

FIESTA CABARAN CANDAT SOTONG

SIRKIT 1 MARANG


Berjaya...Pemenang dengan hadiah masing-masing bergambar bersama tetamu kehormat termasuk Tuan Haji Nik Dir Bin Nik Wan Ku.

Marang - 27 Mac

Pertandingan mencandat sotong di Terengganu bermula dengan perlancaran TM Fiesta Cabaran Candat Sotong Sirkit 1 Marang, mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 350 peserta.


Peserta telah mula berkumpul sejak pagi untuk pendaftaran dan berlepas pada jam 5.00 petang dengan 35 buah bot yang melibatkan 10 peserta setiap bot dan kembali ke jeti LKIM Marang kira-kira jam 11.00 malam.

Pesta kali ini disertai secara berkumpulan dianggotai 10 peserta mewakili Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta.

Pesta anjuran kerajaan Terengganu dengan kerjasama TM menyediakan hadiah bernilai RM 277,00 merangkumi 4 sirkit bermula 27 Mac hingga 26 Jun, menyediakan 5 kategori hadiah iaitu Paling Berat Berkumpulan dan Individu, Terpanjang Kumpulan dan Individu serta Tekong Terbaik.

Dalam sirkit ini, YPKT telah menjuarai sebahgian besar kategori antaranya Terbanyak Kumpulan, Naib Johan Tepanjang Kumpulan, Naib Johan Terpanjang Individu dan ke-5 Terpanjang Individu dan meraih wang tunai RM 11,100.

Majlis penutup penyampai hadiah disempurnakan oleh Pegawai Pambangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir Bin Nik Wan Ku.

MARANG HARI INI

berita penuh

Friday, March 26, 2010

YAB MENTERI BESAR BERSAMA JKKK DAERAH MARANG


Memuaskan…Kehadiran Jawatankuasa JKKK memenuhi Dewan IKBN.

Sempena dengan lawatan sehari YAB Menteri Besar ke Marang, satu perjumpaan khas dengan Ahli Jawatankuasa JKKK dalam Daerah Marang telah diadakan bertempat di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai, Marang.




Terima kasih...Adik Noradawiyah menerima sumbangan komputer riba daripada YAB Menteri Besar sebagai pelajar terbaik STPM peringkat negeri.

Dalam perjumpaan tersebut YAB Menteri Besar melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan kehadiran dan sambutan Ahli Jawatankuasa JKKK yang melebihi 1200 orang daripada 100 buah JKKK dalam Daerah Marang yang memenuhi dewan tersebut.

Di antara intipati ucapan YAB Menteri Besar ialah menjadikan negeri ini sebagai ‘Terengganu Anjung Ilmu’ dengan langkah-langkah kerajaan negeri mempertingkatkan program pendidikan di Terengganu yang selama ini telah memperolehi pencapaian cemerlang dan terbaik seluruh Negara dalam empat peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM.

YAB Menteri Besar juga turut menyentuh isu-isu politik semasa dengan memperingatkan kepada pemimpin termasuk YB ADUN dan PPD supaya turun padang bertemu rakyat dan elakkan permainan politik yang merugikan serta mewujudkan isu-isu panas yang melemahkan parti Barisan Nasional.

Dalam majlis tersebut juga YAB Menteri Besar juga turut memberi sebuah komputer riba kepada Noradawiyah binti Mohamad, pelajar terbaik STPM 2009 peringkat negeri Terengganu dengan mendapat 5A , pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara yang berasal dari Kampung Bukit Gasing , Seberang Marang.

MARANG HARI INI

berita penuh

SEHARI BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU


Serius…YAB Menteri Besar mengarahkan sesuatu kepada pegawai jabatan berkaitan.

Marang – 25 Mac

YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah turun ke Daerah Marang untuk meninjau kemudahan system perparitan dan kemudahan infrastruktur lain termasuk projek-projek kecil yang dicadangkan oleh Majlis Daerah Marang bagi tahun 2010.

Turut bersama rombongan YAB Menteri Besar ialah Pegawai Daerah Marang Pengarah JPS Negeri, YDP Majlis Daerah Marang, Jurutera Daerah JKR Marang, Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong dan Ru Rendang dan juga pemimpin tempatan.

YAB telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 Juta untuk projek –projek kecil MDM, RM 2 Juta untuk naik taraf sistem saliran termasuk Sungai Rinting di Seberang Marang, anggaran RM 10 Juta untuk memperelokkan jalan di Kampung Serating sementara saliran di Kampung Paya direkabentuk semula dengan memaksimakan penggunaan simpanan parit
sedia ada.

Sebelum itu pada sebelah pagi, YAB Menteri Besar ke majlis sarapan pagi bersama rombongan di Kompleks MDM Telaga Mengkudu sementara makan tengahari di Kampung Pengkalan Berangan yang turut disertai sama YB Yahya bin Khatib Mohd ADUN Pengkalan Berangan.


MARANG HARI INI

berita penuh

Thursday, March 25, 2010

JALINAN MESRA ANAK-ANAK BUKIT PAYUNG


KENANGANanak-anak Bukit Payong bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan


MARANG 19 MAC- Seramai 50 orang anak Bukit Payung menyertai satu program Jalinan Mesra bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Bukit Payong yang telah diadakan di Angulia Beach Resort Marang selama dua hari baru-baru ini.

Program ini bertujuan membentuk hubungan yang lebih mesra dan merapatkan silaturahim antara Ahli Jawatankuasa bersama ahli-ahli Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan.



Pelbagai aktiviti kerohanian diselitkan dapat membina keyakinan diri agar membentuk dan melahirkan modal insan yang seimbang.

``Tempat untuk program ini amat bagus kerana berada di persisiran pantai dan mempunyai kawasan yang lapang untuk melakukan pelbagai aktiviti.’’ Kata Mohd Eddy Safuan bin Jusoh, 25 salah seorang ahli jawatankuasa program tersebut.

Turut hadir program Jalinan Mesra ini YBhg. En.Zaidi Bin Muda selaku Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payung yang merasmikan majlis penutupan program ini.


MARANG HARI INI

berita penuh

Wednesday, March 24, 2010

PROGRAM BAKTI REMAJA

DUN RHU RENDANG


Semangat...Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku menerima taklimat daripada ketua peserta kursus




Asyik...peserta khusyuk mendengar ceramah

Marang, 23 Mac

Kursus Bakti Remaja DUN Rhu Rendang siri pertama telah diadakan di Kem Seri Berang, Hulu Terengganu melibatkan seramai 127 orang peserta selama 3 hari mulai 22 hingga 24 Mac 2010.

Kursus tersebut yang diseliakan oleh Penyelaras Pemuda dan Puteri UMNO DUN serta Biro Tata Negara (BTN), telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir Bin Nik Wan Ku selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang semalam.

Beliau berharap kepada semua peserta dapat mengambil faedah sepanjang kursus ini dengan membina sifat jatidiri yang tinggi daripada pendedahan dan maklumat yang diberikan oleh BTN.

Sepanjang kursus, peserta diberi pendedahkan melalui ceramah, kegiatan dalam kumpulan dan juga aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal peserta.

Pada akhir kursus, para peserta menerima wang dana sebanyak RM500 yang diuruskan oleh pihak Agro Bank.

MARANG HARI INI

berita penuh

Monday, March 15, 2010

KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA PEGAWAI PEMBANGUAN DUN


Pegawai Daerah Marang diperkenalkan kepada pemain perlawanan pembukaan.

Rhu Rendang, Marang - 12 Mac
Kejohanan Bolasepak Piala Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang 2010 telah dilakukan sepak mula oleh Y.Bhg. Tuan Pegawai Daerah Marang pada Khamis 12 Mac di Padang Majlis Daerah Marang yang turut dihadiri oleh Hj. Nik Dir bin Nik Wan Ku Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang.



Nik Dir bin Nik Wan Ku (PPD Rhu Rendang) dan A. Rahman bin Che Ali (Pegawai Daerah Marang), menonton perlawanan pembukaan kejohanan.

Kejohanan yang menyediakan hadiah lumayan berjumlah RM 13,300 iaitu Johan RM 4 Ribu, naib johan RM 3 Ribu, ketiga RM 2 Ribu dan ketiga RM 1500 serta lain-lain hadiah ini disertai oleh 26 buah pasukan dengan syarat pemainnya adalah bermustautin dalam Dun Rhu Rendang sahaja.

Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 bulan akan diadakan di Padang Majlis Daerah Marang dan Padang Bola Seberang Marang sementara setiap pasukan dibekalkan 2 biji bola untuk latihan yang telah disampaikan oleh PPD dan Pegawai Daerah Marang pada perasmian kejohanan.

Menurut PPD, di antara tujuan utama kejohanan ini diadakan ialah supaya pemuda-pemuda dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah setiap petang dan dapat menghindari daripada amalan yang tidak sihat.

MARANG HARI INI

berita penuh

Thursday, March 11, 2010

YAB DATO’ HAJI AHMAD BIN SAID

MENTERI BESAR BERJIWA RAKYAT


Prihatin…YAB Dato’ Ahmad bin Said ketika menziarahi Nainnudin (tengah).


Syukur… Nainnudin mencuba kerusi roda baru diterima.

YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said hari ini sempat meluangkan masa walaupun dalam kesibukan untuk menziarahi pesakit yang terlantar Mohamad Nainnudin bin Kasim, 32 di Kg. Gong Nangka, Marang.



Turut bersama rombongan beliau adalah YB Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar Exco Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Pegawai Daerah Marang, YDP Majlis Daerah Marang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Menurut abang beliau Mohd Napiah bin Kasim, Nainnudin sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan telah mengalami kemalangan di tempat kerja setelah terjatuh dari bahagian siling pada 3 November 2009 dan telah mengalami patah tulang belakang dan peha kanan.

Nainnudin menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) selama 45 hari mulai 3 November 2009 hingga 17 Disember 2009 dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi sokongan tulang belakang juga peha dan kini mengalami lumpuh bahagian pinggang ke bawah.

Bersempena lawatan tersebut, YAB Dato’ Ahmad bin Said telah menyampaikan bantuan daripada Jabatan Kebajikan HSNZ berupa kerusi roda, kerusi buang air, tilam udara dan pelapik kusyen serta akan menerima bantuan lampin pakai buang kerana Nainnudin mengalami hilang kawalan membuang air besar dan kecil.

Walau pun telah menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 150.00, Pegawai Pembanguan Dun Rhu Rendang telah bersetuju meluluskan bantuan untuk ubah suai bilik supaya memudahkan pergerakan kepada Nainnudin ke bilik air.

Seluruh keluarga terharu dengan kunjungan dan keprihatianan YAB Dato’ Ahmad bin Said yang turut menghulurkan sumbangan peribadi beliau serta memberi perangsang kepada Nainnudin supaya tabah menjalani kehidupan harian dengan penuh semangat.

MARANG HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 9, 2010

PASAR BANDAR MARANG

MERCU TANDA BARU


INDAH...rekabentuk moden Pasar Bandar Marang


MENARIK...mercu tanda baru Marang Waterfront

BANDAR MARANG, 9 MAC

Penduduk Bandar Marang dan sekitarnya akan mendapat kemudahan untuk mendapatkan keperluan harian yang lebih selesa dengan siapnya Pasar Bandar Marang baru yang dijangka beroperasi sepenuhnya Mei ini.


Pasar 2 tingkat ini dilengkapi dengan berbagai kelengkapan dan kemudahan kepada peniaga dan pengunjung serta laluan khas ke tingkat atas untuk mengangkut barangan dan juga orang kurang upaya(OKU).

Projek yang bernilai kira-kira RM 2 Juta yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Marang ini mampu mengatasi masalah bilangan peniaga dan pembeli yang kian bertambah yang akhirnya akan meningkatkan kegiatan ekonomi di Bandar Marang.

Pasar baru serba moden yang terletak di Marang Waterfront juga akan menggamit pelancong dalam dan luar negeri untuk mendapatkan barangan makanan serta cenderahati buatan tempatan.

Bagi menampung keperluan peniaga, Majlis Daerah Marang telah membina ruang niaga tambahan khusus untuk penjual buah-buahan di samping petak-petak untuk peniaga kecil-kecilan yang beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada hari Sabtu dan Rabu

Projek yang kini dalam proses penyiapan terakhir ini akan menjadi satu lagi mercu tanda di Marang Waterfront dan inilah hasil perjuangan pemimpin sejak sekian lama serta keprihatinan Menteri Besar Terengganu kini yang berjiwa rakyat.

MARANG HARI INI

berita penuh

Monday, March 8, 2010

MARANG VILLAGE RESORT & SPA

Bajet Anda, Keutamaan Kami





Terletak kira-kira, 25 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu , Marang Village Resort & Spa merupakan salah satu lagi produk pelancongan negeri Terengganu dan kawasan peranginan pantai Kelulut yang terkenal dengan jenama Air Nira Kelulut yang memberikan satu kelebihan kepada resort ini untuk menarik para pelancong untuk mengunjungi resort ini. Selain itu, lokasinya yang terletak berhampiran laut juga menjadikan Marang Village Resort & Spa sebagai satu daya tarikan orang ramai datang ke sini.


Diusahakan oleh ibu tunggal yang gigih, Mek Hawa Binti Abdul Rahman, 49. Beliau yang telah mengusahakan resort ini pada tahun 2007 bermodalkan hampir RM 1 juta bagi menaik taraf infrastuktur yang sediada.

Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik bujang, bilik VIP dan Bilik Keluarga yang menawarkan harga berpatutan dari RM 80.00 hingga RM 130.00. Di samping itu, resort ini turut menawarkan kemudahan untuk berkursus atau seminar bagi jabatan kerajaan dan juga pihak swasta dengan kemudahan dewan seminar yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa.

Bagi pengunjung yang selalu memanjakan diri, perkhidmatan spa dengan pelbagai pakej menarik menanti para pengunjung dengan harga yang berpatutan. Bagi pengunjung yang berminat dengan suasana pulau, boleh mencuba pakej ke Pulau Kapas dan ke Tasik Kenyir atau pakej aktiviti mencandat sotong yang menanti para pegunjung di resort ini. Dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan dengan harga yang amat berpatutan, ia menjadikan Marang Village resort and Spa salah satu lokasi pelancongan budget di Terengganu

Dengan pelbagai kemudahan dan pakej menarik yang ditawarkan oleh resort ini, ia akan menjadikan resort ini tanda mercu kebanggaan rakyat Terengganu dan Marang khususnya sebagai bandar pelancongan terkenal. Kepada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke Marang Village Resort & Spa ini boleh menghubungi no. tel pejabat: 09-6183894/ h/phone : 019-9514771 atau melayari website: www.marangvillage.com atau terus berkunjung ke resort ini.




MARANG HARI INI

berita penuh