Bukit Payung - Program Cakna Rakyat bersama YBhg. En. Zaidi Bin Muda telah diadakan di Anggulia Beach Resort pada 25 Oktober 2011. Program dihadiri seramai 50 orang pemuda dan puteri DUN Bukit Payung.
Sunday, October 30, 2011
Program Cakna Rakyat Bersama PPD Bukit Payung
Bukit Payung - Program Cakna Rakyat bersama YBhg. En. Zaidi Bin Muda telah diadakan di Anggulia Beach Resort pada 25 Oktober 2011. Program dihadiri seramai 50 orang pemuda dan puteri DUN Bukit Payung.
Sunday, October 23, 2011
Program Duduk Bersila di Kg. Tok Dir
Bukit Payung - Program Duduk Bersila telah diadakan di Kg. Tok Dir pada 21 Oktober 2011 bertempat di rumah En. Zaidi B Osman merangkap Pemangku Ketua Pemuda Tok Dir.
Monday, October 17, 2011
Majlis Penyerahan e-BOOK Tahun 4 DUN Bukit Payung
Program Belia "Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan"
Bukit Payung - Program Belia "Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan" anjuran APMT Negeri telah dijalankan pada 13-15 Oktober 2011 yang bertempat di KL International Hotel. Program ini telah di hadiri seramai 80 orang belia/beliawanis dari DUN Bukit Payung.
Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Pembangunan Masyarakat) APMT Negeri iaitu Encik A. Latiff Bin Awang.
Turut hadir ialah Tuan Haji Ruslan Kassim, Bekas Ketua Penerangan Keadilan merangkap Ketua Penerangan Perkasa selaku panel jemputan bagi program tersebut.
Friday, October 7, 2011
BOWLING PERINGKAT DUN RHU RENDANG
SUKAN APMT PARLIMEN MARANG
MARANG:Pada 4 dan 5 Oktober 2011 yang lalu telah berlangsungnya hari sukan warga APMT peringkat Parlimen Marang. Dun yang mengambil bahagian di dalam hari sukan tersebut adalah Dun Rhu Rendang, Dun Alor Limbat, Dun Pengkalan Berangan dan Dun Bukit Payong. Objektif utama berlangsungnya hari sukan ini adalah untuk memilih wakil untuk Hari Sukan Peringkat negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi selain untuk mengeratkan hubungan diantara kakitangan APMT Parlimen Marang. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola tampar, futsal, pingpong, bola jaring, badminton, carom, sepak takraw dan lain-lain lagi. Tahniah pada mereka yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik jangan lupa untuk terus memberikan sokongan untuk pasukan Parlimen Marang. Semua pemenang bakal mewakili Parlimen Marang di peringkat APMT Negeri. Tahniah buat semua
Thursday, February 17, 2011
Umno Marang Bersatu
Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Amirullah Othman
Kehadiran penuh saf kepimpinan Umno Bahagian Marang dan ketua-ketua sayap parti itu serta lebih 1,000 orang dengan sebahagian besarnya bekas pejuang Umno, pada majlis
Mesra Veteran Bersama Pemimpin, Jasa Mu DiKenang peringkat Parlimen Marang, petang ini, membuktikan kesungguhan parti itu merebut semula kerusi Parlimen Marang daripada pembangkang.
Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Parlimen Marang, Anuar Yahya, berkata pihaknya yakin kehadiran luar dugaan pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang, akan menyemarakkan usaha untuk membangkitkan semangat petugas parti bagi memenangi semula calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Majlis ini menyaksikan kehadiran pemimpin baru Umno dan bekas pemimpin parti ini di peringkat bahagian. Semua pihak terlibat secara langsung dan hadir di majlis ini, tidak ada kem atau puak-puak tertentu seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak sebelum ini.
“Hilang rasa penat dan lelah petugas yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai persiapan bagi menjayakan majlis ini sejak lebih sebulan lalu,” katanya kepada Teganukita selepas majlis tersebut selamat disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.
Rasa teruja Anuar dengan kehadiran yang ramai itu terbukti apabila dewan berkenaan tidak mampu menampung kehadiran para hadirin, sehingga mereka terpaksa duduk di kanopi yang dipasang di tepi dewan tersebut.
Antara pemimpin bahagian yang hadir ialah Ketua Umno Bahagian, Encik Yahya Khatib dan Timbalannya, Haji Alias Abdullah; Naib Ketua Bahagian, Encik Razali Idris, Ketua Pergerakan Pemuda, Encik Saiful Bahri Dato’ Baharuddin dan Ketua Puteri Bahagian, Marina Endut.
Kehadiran yang luar biasa itu juga menimbulkan semangat kepada Menteri Besar yang berucap agak panjang walaupun beliau menghadiri acara yang sama pada sebelah pagi di peringkat Parlimen Kuala Terengganu.
Dalam ucapannya, Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, jasa veteran amat besar kerana mereka berjaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Beliau berkata, walaupun banyak negara lain di dunia yang mempunyai bilangan umat Islam yang jauh lebih besar berbanding negara ini, mereka gagal memartabatkan Islam sebagai agama rasmi.
Di Indonesia sebagai contoh, katanya, mempunyai kira-kira 200 juta penganut Islam, tetapi Islam bukan agama rasmi republik tersebut.
“Terdapat ramai ulamak yang lebih hebat di Indonesia, tetapi mereka tidak mampu menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara itu,” katanya.
Beliau berkata, itulah kehebatan pejuang Umno dan sewajarnya ia disanjung oleh generasi hari ini.
MARANG HARI INI
MBDM Anjur Kejohanan Bowling
Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Amirullah Othman
Encik Zaidi sampaikan hamper kepada pemenang.
Majlis Belia Daerah Marang (MBDM) menganjurkan kejohanan bowling di Pusat Bowling Astaka, malam tadi, bagi mengeratkan silaturahim di kalangan para belia di daerah tersebut.
Peserta kejohanan tersebut terdiri daripada jawatankuasa Majlis Belia Daerah Marang dan badan gabungan serta pengerusi-pengerusi persatuan belia di seluruh kawasan Parlimen Marang.
Pengerusi Persatuan Belia 4B (M) Kampung Kijing, Sazali Razali, muncul johan manakala naib johan disandang oleh Pengerusi Persatuan Belia MAYC Gelugor Kedai, Omar Mat Ali.
Antara pemenang yang menerima hamper.
Tempat ketiga pula dimenangi Pengerusi Persatuan Belia 4B (M) Kampung Laut Che Johari Abu Bakar.
Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir di majlis penyampaian hadiah ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir Mohamad.
Hebat...belia Marang yang menyertai pertandingan bowling.
Kira-kira 50 orang peserta menyertai kejohanan tersebut yang bakal dijadikan acara tahunan.
MARANG HARI INI
Pemimpin UMNO Marang `Masuk Kampung’.
Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Amirullah Othman
Encik Zaidi bertanya khabar kepada warga emas di Marang.
Pemimpin Umno bahagian Marang memulakan program ‘masuk kampung’ bagi meninjau sendiri pelbagai permasalahan yang dihadapi penduduk kampung, khususnya di kalangan mereka berpendapatan rendah.
Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, melawat tujuh warga emas dan mereka yang menghidap pelbagai penyakit kronik, semalam, bagi menyampaikan bantuan.
Dengan diringi kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Bukit Payong, beliau memulakan kunjungan pertama ke rumah Ngah Said, 65, di Kampung Surau Panjang yang menghidap penyakit lelah dan mengalami masalah kesihatan.
Program masuk kampung menjadi amalan pemimpin UMNO.
Ngah sudah 17 tahun tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai buruh dan mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan.
Pesakit dijaga isterinya, Lijah Embong, 63, yang sudah tidak larat untuk melakukan kerja berat bagi menyediakan keperluan keluarganya.
Zaidi menghulurkan bantuan makanan seperti beras, milo, susu dan biskut kepada Ngah dan berjanji akan menghulurkan bantuan lain di masa depan.
CAKNA...Zaidi menemui pesakit kronik untuk menghulurkan bantuan yang perlu.
Selepas itu, beliau mengunjungi Abudin Ismail, 75, di rumahnya di Kampung Surau Panjang yang menghidap penyakit ghout, usus dan kencing manis.
Pesakit terlantar sejak lebih lima tahun lalu dan tidak dapat meneruskan kerjanya sebagai peraih ikan.
Zaidi menghulurkan bantuan makanan kepada pesakit sambil meminta mereka sabar menghadapi dugaan.
Beliau berkata, program tersebut akan diteruskan bagi memastikan tidak ada rakyat yang menghadapi kesusahan tercicir daripada menerima bantuan.
“Inilah amalan mulia yang menjadi pegangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional di mana kita memberi sumbangan kepada rakyat tanpa memilih bulu,” ujarnya.
MARANG HARI INI
Saturday, February 12, 2011
Lawatan Muhibah Pemimpin
ATAS TOL – ‘’Terasa diingati dan dihargai apabila pihak kepimpinan kampung sudi meluangkan masa untuk menziarahi warga emas dan membuat lawatan ke rumah sekaligus dapat mendengar masalah penduduk kampung’’.Kata warga emas, Engku Muda Engku Long ,54
BERBUAL... Engku Long (depan) menceritakan sakit yang dialaminya |
SIMPATI...Mohd Khan (berdiri) disamping warga emas yang paling tua di Kampungnya |
MARANG HARI INI
Wednesday, January 19, 2011
PPD Masuk Kampung
SURAU HAJI DAUD, KUALA TERENGGANU 19 Januari 2011- Program PPD masuk kampung, En. Z aidi Bin Muda bersama APMT Bukit Payung dan menyampaikan bantuan kerusi roda kepada warga emas iaitu Puan Maryam Bt Abd Rahman yang lumpuh separuh badan.
Sunday, January 16, 2011
PROGRAM MEMASAK DAN PENGAGIHAN BUBUR ASYURA DI MASJID BUKIT PAYUNG
BUKIT PAYUNG- 14 JAN 2011 – ‘Berat sama dipikul ringan sama dijinjing’ bergitulah perumpamaan yang dapat diberikan kepada Puteri UMNO Bahagian Marang dan Penyelaras Pergerakkan Puteri UMNO Bukit Payung degan kerjasama Pejabat Pembangunan Dun Bukit Payung telah Berjaya mengadakan program gotong – royong memasak dan agihan bubur asyura yang diadakan di masjid Bukit Payung pagi kelmarin.
Bubur asyura yang telah siap dimasak diagihkan kepada penduduk setempat yang disempurnakan oleh YB En Yahya Bin Khatib Mohamad. Beliau juga berharap agar program-program seumpama ini akan merapatkan lagi silaturahim antara para penduduk.
MARANG HARI INI