Sunday, October 30, 2011

Program Cakna Rakyat Bersama PPD Bukit Payung

MARANG HARI INI 

Bukit Payung - Program Cakna Rakyat bersama YBhg. En. Zaidi Bin Muda telah diadakan di Anggulia Beach Resort pada 25 Oktober 2011. Program dihadiri seramai 50 orang pemuda dan puteri DUN Bukit Payung.






  

berita penuh

Sunday, October 23, 2011

Program Duduk Bersila di Kg. Tok Dir

MARANG HARI INI


Bukit Payung - Program Duduk Bersila telah diadakan di Kg. Tok Dir pada 21 Oktober 2011 bertempat di rumah En. Zaidi B Osman merangkap Pemangku Ketua Pemuda Tok Dir.

Turut hadir ke program tersebut adalah YBhg. En Zaidi Bin Muda, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payung.




berita penuh

Monday, October 17, 2011

Majlis Penyerahan e-BOOK Tahun 4 DUN Bukit Payung

Bukit Payung - Majlis Pelancaran Penyerahan e-BOOK Tahun 4 DUN Bukit Payung pada 05 Oktober 2011 bertempat di Sek. Keb. Paya Resak yang dirasmikan oleh YBhg. En. Zaidi Bin Muda (Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payung) 









berita penuh

Program Belia "Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan"

MARANG HARI INI 

 
Bukit Payung - Program Belia "Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan" anjuran APMT Negeri telah dijalankan pada 13-15 Oktober 2011 yang bertempat di KL International Hotel. Program ini telah di hadiri seramai 80 orang belia/beliawanis dari DUN Bukit Payung.


Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Pembangunan Masyarakat) APMT Negeri iaitu Encik A. Latiff Bin Awang.
 Turut hadir ialah Tuan Haji Ruslan Kassim, Bekas Ketua Penerangan Keadilan merangkap Ketua Penerangan Perkasa selaku panel jemputan bagi program tersebut.

berita penuh

Friday, October 7, 2011

BOWLING PERINGKAT DUN RHU RENDANG




MARANG HARI INI

Seramai 20 kakitangan APMT Dun Rhu Rendang telah mengambil bahagian dalam acara bowling yang dilangsungkan pada 3 Oktober 2011, Isnin bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan wakil untuk bagi perlawanan di Peringkat parlimen Marang yang berlangsung pada 4 dan 5 Oktober 2011. seramai 8 peserta yang memperoleh markah tertinggi telah terpilih untuk mewakili Dun Rhu Rendang. tahniah kepada yang berjaya.




berita penuh

SUKAN APMT PARLIMEN MARANG










MARANG:Pada 4 dan 5 Oktober 2011 yang lalu telah berlangsungnya hari sukan warga APMT peringkat Parlimen Marang. Dun yang mengambil bahagian di dalam hari sukan tersebut adalah Dun Rhu Rendang, Dun Alor Limbat, Dun Pengkalan Berangan dan Dun Bukit Payong. Objektif utama berlangsungnya hari sukan ini adalah untuk memilih wakil untuk Hari Sukan Peringkat negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi selain untuk mengeratkan hubungan diantara kakitangan APMT Parlimen Marang. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola tampar, futsal, pingpong, bola jaring, badminton, carom, sepak takraw dan lain-lain lagi. Tahniah pada mereka yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik jangan lupa untuk terus memberikan sokongan untuk pasukan Parlimen Marang. Semua pemenang bakal mewakili Parlimen Marang di peringkat APMT Negeri. Tahniah buat semua


by: APMT Dun Rhu Rendang

berita penuh