Wednesday, January 19, 2011

PPD Masuk Kampung

SURAU HAJI DAUD, KUALA TERENGGANU 19 Januari 2011- Program PPD masuk kampung, En. Z aidi Bin Muda bersama APMT Bukit Payung dan menyampaikan bantuan kerusi roda kepada warga emas iaitu Puan Maryam Bt Abd Rahman yang lumpuh separuh badan.







MARANG HARI INI

berita penuh

Sunday, January 16, 2011

PROGRAM MEMASAK DAN PENGAGIHAN BUBUR ASYURA DI MASJID BUKIT PAYUNG

BUKIT PAYUNG- 14 JAN 2011 – ‘Berat sama dipikul ringan sama dijinjing’ bergitulah perumpamaan yang dapat diberikan kepada Puteri UMNO Bahagian Marang dan Penyelaras Pergerakkan Puteri UMNO Bukit Payung degan kerjasama Pejabat Pembangunan Dun Bukit Payung telah Berjaya mengadakan program gotong – royong memasak dan agihan bubur asyura yang diadakan di masjid Bukit Payung pagi kelmarin.















Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi juga melibatkan pergerakkan wanita ,pemuda dun serta masyarakat setempat.Menurut Pengawai Pembangunan Dun Bukit Payung,En Zaidi Bin Muda program ini dapat memupuk semangat kerjasama sama diantara satu sama lain serta dapat mengukuhkan lagi kemuafakatan dan perpaduan diantara penduduk kampung.
Bubur asyura yang telah siap dimasak diagihkan kepada penduduk setempat yang disempurnakan oleh YB En Yahya Bin Khatib Mohamad. Beliau juga berharap agar program-program seumpama ini akan merapatkan lagi silaturahim antara para penduduk.


MARANG HARI INI

berita penuh

Thursday, January 13, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BAKUL MAKANAN

BUKIT PAYUNG-11 Januari 2011-Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Dun Bukit payung telah menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 58 orang penerima bantuan yang dipilih melalui bantuan E-KASIH.


CAKNA En Zaidi menyampaikan sumbangan kepada  salah seorang penerima bantuan JKM



Program yang bermulajam 10 pagi telah disempurnakan oleh YBhg. En Zaidi Bin Muda selaku Pegawai Pembangunan Dun Bukit payung yang bermula jam 10.00 pagi tadi
MARANG HARI INI

berita penuh

Monday, January 10, 2011

PERIHATIN kepada Rakyat

MARANG HARI INI


Kuala Terengganu 08 Januari 2011

YB ADUN Alur Limbat terpaksa mengunakan sampan dan mengharungi air separas dada untuk melawat dan menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir di 2 buah kampung iaitu Kampung Beladau Selat dan Kampung Tok Hakim.Dimana sebanyak 14 buah rumah yang terlibat,sebanyak 4 buah rumah di Kampung Tok Hakim dan 10 buah di Kampung Beladau Selat.




YB Tuan Haji Alias Bin Abdullah selaku ADUN Alur Limbat menyampaikan bantuan makanan kepada seorang warga emas(mangsa banjir) di Kampung Beladau Selat.














Salah seorang mangsa banjir sedang menerima bantuan makanan yang disampaikan oleh YB Tuan Haji Alias Bin Abdullah,ADUN Alur Limbat.





berita penuh