Wednesday, April 7, 2010

SOLAT HAJAT DAN TAHLIL PASAR BANDAR MARANG

Terima kasih….. Peniaga menerima kunci daripada Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku

Majlis solat hajat dan tahlil sempena permulaan perniagaan di Pasar Bandar Marang telah disempurnakan malam tadi yang disertai kira-kira 200 orang termasuk peniaga dan penduduk tempatan yang dipimpin oleh Imam Masjid Sultanah Nur Zahirah.

Sempena dengan majlis tersebut, penyerahan kunci kepada peniaga telah disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang yang turut dihadiri sama oleh Pegawai Daerah Marang, Yang DiPertua serta Ahli Majlis Daerah Marang.

Lebih 400 orang pemohon telah membuat permohonan untuk berniaga di pasar baru ini tetapi seramai 106 peniaga sahaja yang terpilih selepas proses temuduga berdasarkan bilangan ruang niaga yang ada dengan kadar sewa yang rendah dan berpatutan.

PPD telah memperingatkan peniaga supaya jangan melengahkan bayaran sewa supaya tidak tertunggak yang akhirnya akan membebankan peniaga sendiri dan sentiasa menjaga kebersihan dan keharmonian sesama peniaga di pasar ini.

Perasmian Pasar Bandar Marang secara rasminya akan disempurnakan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 11 April 2010 yang dijangka turut dihadiri sama oleh YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.


MARANG HARI INI

berita penuh